• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Dan Petani Tetap Dapat Perhatian Utama Kerajaan

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Kerajaan senantiasa memberi perhatian terhadap kebajikan nelayan dan petani agar golongan itu dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata usaha berterusan untuk membantu golongan berkenaan adalah kerana kerajaan sedar dan mengiktiraf peranan nelayan dan petani yang merupakan antara golongan rakyat yang menjana ekonomi negara.

“Kerana mereka inilah yang menghasilkan sumber makanan kepada negara. Sebab itu kerajaan Persekutuan sentiasa membincangkan bagaimana untuk terus membantu mereka.

“Kaum nelayan umpamanya senantiasa kita beri keutamaan seperti subsidi minyak dan pelbagai elaun lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Nelayan sempena Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan di Maktab Rendah Sains Mara di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail.

Lebih 500 nelayan di sekitar daerah ini hadir pada majlis itu.

Muhyiddin berkata sebagai contoh dalam tempoh setahun sejak tahun lepas, nelayan kawasan Pengkalan Kubor mendapat subsidi sebanyak RM44.7 juta menerusi subsidi 419,000 liter diesel.

“Elaun Sara Hidup Nelayan kepada lebih 400 nelayan di sini kita telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM1.533 juta sejak tempoh itu,” katanya.

Katanya selain itu melalui projek Azam Tani pula kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.25 juta kepada 125 nelayan di sini untuk mempelbagaikan hasil laut seperti membuat keropok dan budu.

“Sebanyak 265 buah rumah nelayan juga telah dibaiki dengan kos sebanyak RM2.5 juta,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata sewajarnya golongan petani berterima kasih dengan segala bantuan itu dan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya bantuan kerajaan itu tidak halal di sisi agama.

Beliau berkata apa yang dilakukan kerajaan persekutuan itu adalah halal di sisi agama kerana ia merupakan salah satu tuntutan dalam Islam untuk membantu golongan berkenaan.

“Apa yang BN buat ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup nelayan dan saya ingin bertanya tuan puan, apa pula yang PAS buat untuk nelayan di sini,” katanya.

Beliau berkata PAS hanya pandai membuat janji sedangkan pada hakikatnya parti itu tidak melakukan apa-apa untuk mereka sedangkan kerajaan Persekutuan melalui BN telah memberikan bantuan tanpa mengira fahaman politik kerana semata-mata mahu melihat nasib golongan itu terbela.

Katanya kerajaan BN akan memastikan segala kehendak dan keperluan nelayan di Pengkalan Kubor akan dipenuhi sekiranya BN masih kekal menguasai DUN berkenaan pada PRK 25 Sept ini.

“Kita akan membina jeti-jeti baru jika BN terus berkuasa. Itu janji saya dan BN, kalau 10 perkara kita berjanji kita akan pastikan janji itu sudah semestinya ditepati,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga meminta para nelayan tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan PAS terutama isu royalti petroleum yang dicanangkan parti itu pada PRK ini.

Katanya BN akan memberi penjelasan terperinci isu royalti minyak itu agar nelayan dan seluruh pengundi memahami isu itu dengan tepat dan benar.

Pada PRK itu calon BN, Mat Razi akan ditentang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd