• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasrudin Hassan Jawab Amaran Oleh Lim Kit Siang

oleh AK-47
30/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Amaran parti DAP kepada PAS berkaitan kekalahan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dijawab oleh anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan.

Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata jika kekalahan PAS di Pengkalan Kubor 25 September lepas berterusan ia akan menjadi petanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan merampas negeri Kelantan daripada PAS.

Menjawab amaran itu, Nasrudin berkata kekalahan yang dialami Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Balingian dan DAP di Teluk Intan adalah lebih teruk berbanding yang dialami PAS di Pengkalan Kubor.

“(Pemimpin DAP) YB Lim Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan PAS di Pengkalan Kubur adalah isyarat BN akan merampas Kelantan.

“Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan ?” tulisnya di laman Facebooknya.

Di laman itu, Nasrudin turut memuatnaik carta menunjukkan penurunan sokongan pada PKR di Balingan ialah 33 peratus, DAP turut 27.3 peratus di Teluk Intan tetapi PAS hanya merosot 13.18 peratus di Pengkalan Kubor.

CartaUndi_1Gambar dari Facebook Nasrudin

Selain itu, Lim dalam amarannya turut berkata, jika corak peralihan kepada BN itu terus berlaku di kawasan lain, Pakatan Rakyat hanya akan mendapat 20n kerusi dalam pilihan raya umum akan datang manakala BN dengan 25 kerusi.

Pada PRK Pengkalan Kubor, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim tewas kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail dengan majoriti 2,635 undi lebih besar berbanding majoriti selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 iaitu 1,736.

PRK itu diadakan susulan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor kosong kerana penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia.

Selain BN dan PAS, seorang calon bebas turut bertanding iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: DAPPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd