• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin: Hargai Usaha Kepimpinan Negara

oleh AK-47
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Semua pihak termasuk pembangkang perlu mengakui bahawa kepimpinan negara telah berjaya meletakkan Malaysia dalam kalangan negara maju di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata status negara yang maju dan pesat membangun dikecapi ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya negara tidak diuruskan dengan baik.

“Kalau Malaysia tidak diuruskan dengan sempurna, masalah ekonomi akan menjadi runcing, rakyat menganggur, peluang pekerjaan tiada. Siapa yang akan dipersalahkan? Kerajaan juga yang akan dipersalahkan.

“Hari ini Malaysia tidak seperti itu. Tidak sahaja kita (pemimpin) uruskan, kita juga beri yang perlu.

“Kita tidak minta pujian tetapi bagilah ‘credit’ (penghargaan terhadap usaha kerajaan). Pembangkang kena iktiraf,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini, hari ini. Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata mengikut penganalisis, Malaysia dilihat mampu mencapai taraf negara maju lebih awal iaitu pada 2018 daripada sasaran 2020.

“Bagi ‘credit’ (penghargaan) bagi pihak yang berupaya untuk selesaikan masalah ekonomi. Berikan penghargaan sepatutnya,” kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak terlalu ghairah dalam mengejar status negara maju sehinggakan ada golongan masyarakat yang tertinggal daripada arus pembangunan.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, strategi kita (kerajaan) adalah untuk mengurangkan perbezaan dan jurang antara kaum dari segi pendapatan supaya tiada yang rasa tersisih,” kata Timbalan Perdana Menteri. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh...

Muhyiddin Kesal PAS Kerjasama Dengan BN, Bersatu Umum Guna Logo Sendiri

Muhyiddin Kesal PAS Kerjasama Dengan BN, Bersatu Umum Guna Logo Sendiri

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam keputusan PAS menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd