• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Perbicaraan Kes Pegawai Bank & Suami Ditetapkan 17 Dis

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan tiga hari bermula 17 Dis untuk perbicaraan kes seorang pegawai bank dan suaminya yang menghadapi pertuduhan memindah dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370.

Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu selepas Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, melantik peguam Ummi Aliza Abd Kadir untuk mewakili mereka, semalam.

Mahkamah juga menetapkan 31 Okt ini untuk pengurusan kes itu.

Pada 20 Ogos lepas, Nur Shila mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke dalam akaun rakyat China, Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke dalam akaun Ali Faran Khan.

Nur Shila turut berdepan empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, dua pertuduhan menipu dan dua pertuduhan mencuri wang berjumlah RM2,530 daripada akaun dua mangsa MH370 iaitu Ju Kun, warganegara China dan Tan Size Hiang, seorang pramugara.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang milik empat mangsa yang sama.

Sementara itu, Basheer Ahmad Maula mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kad debit dan kad ATM akaun simpanan Tian untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam empat transaksi berasingan.

Dia juga didakwa bagi empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang sama daripada akaun simpanan yang sama.

Nur Shila didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di bank HSBC tempat dia bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lepas manakala suaminya di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei lepas dan 11.28 malam 29 Jun lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud. – BERNAMA

Tags: MH370pecah amanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd