• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Turut Bantu Tangkap Ular Dalam Kesibukan Berkempen

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Dalam kesibukan berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyertai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat menangkap seekor ular sawa di Kampung Raja, Pantai Geting di sini.

Ular sawa sepanjang lebih tiga meter itu sedang menyusur dalam sebuah kedai makan ketika Abdul Rahman mengadakan sidang media dan ia disedari seorang pegawai jabatan bomba yang ternampak kelibat ular itu dalam semak berhampiran.

Turut menyertai Abdul Rahman ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman.

Abdul Rahman dan Azmi bergegas meninggalkan sidang akhbar berkenaan untuk menyertai beberapa anggota Bomba dan Penyelamat menangkap ular sawa itu di kawasan semak kira-kira 10 meter dari kedai makan itu.

Ular sawa itu akhirnya ditangkap 10 minit selepas itu oleh beberapa anggota bomba dan tanpa rasa takut, Abdul Rahman turut memegang kepala ular sawa itu.

Seorang penduduk, Wan Ali Wan Stapa, 57, berkata insiden tidak disangka itu akan diingatinya kerana ia merupakan kali pertama melihat seorang menteri bersama-sama menangkap ular.

“Bukan senang nak tengok menteri tangkap ular ni. Kalau bomba tu memang biasalah,” katanya.

Seorang lagi penduduk Saadiah Awang, 50, mengakui keberanian Abdul Rahman itu dan berkata: “Berani weh menteri ruponyo tangkap ular. Kito pun gerun tengok.”

Abdul Rahman kemudiannya terus menyambung kembali sidang akhbar yang tertangguh itu manakala ular sawa berkenaan dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – BERNAMA

Tags: ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

13/03/2025
0

Kuching: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd