Mi segera atau lebih dikenali sebagai megi mi merupakan makanan paling mesra ekonomi dan lazat di masa ‘sengkek’ atau pokai teruk.
Bagaimanapun, statusnya makin mencanak naik apabila pelbagai inovasi dilakukan bagi menambah baik makanan kegemaran pelajar universiti ini.
Umum diketahui, mi segera bukanlah makanan paling berkhasiat oleh kerana penggunaan bahan pengawet bagi menyalut mi tersebut serta monosodium glutamat (MSG) sebagai perasa tambahan, sudah tentu boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan secara ‘over’.
Kami di mynewshub.cc sudah tidak mampu lagi menahan perasaan geram terhadap tuduhan melulu yang dilemparkan kepada mi segera.
Jadi, kami sebulat suara menyediakan sebuah resipi untuk ‘upgrade’ nutrisi dan rasanya, supaya snek ini boleh dikelaskan sebagai hidangan lengkap. Jom kita enjoy!
Bahan-bahan:
1 paket mi segera perisa ayam/asli (asingkan perencahnya)
1 ketul filet ayam segar (dipotong ikut bentuk kesukaan)
100g ‘mixed veggies’
200ml susu segar
2 sudu mentega
1/2 cawan tepung gandum
4 paket keju Krafts Singles (dihiris kecil-kecil)
1/2 sudu besar herba kering (thyme/rosemary/parsli)
Lada hitam secukupnya
Kaedah:
1. Rebus ayam di dalam air mendidih selama 10 minit. Di dalam periuk yang sama, masak mi segera mengikut arahan pada paket (tidak perlu dimasukkan perencahnya), kemudian masukkan ‘mixed veggies’ Apabila mi,sayur dan ayam sudah masak, toskan lebihan air. Simpan tepi dahulu untuk digunakan kemudian.
2. Dengan api sedarhana, panaskan kuali. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung serta gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau sehingga kuah menjadi pekat. Biarkan mendidih,kemudian boleh dimasukkan perencah mi segera tadi sebagai agen perasa.
4. Seterusnya, boleh ditambah hirisan keju dan kacau sehingga keju cair dan sebati. Masukkan mi, ayam dan sayur campur yang telah siap dimasak, herba kering serta lada hitam ke dalam kuah dan biar merenih.
5. Angkat dan siap dihidangkan. Wowwee!
Oleh: SARA KHALID