• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mas Marah, Kecewa Pesawatnya Dituduh Mendarat Cemas Di Iceland

oleh Ahmad Albab
19/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) amat marah dan tersinggung dengan laporan sebuah portal berita palsu kononnya sebuah pesawat MAS MH131 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Iceland pada 15 September lalu.

MAS dalam nada tegas hari ini mendesak pihak berkuasa negara terlibat supaya segera menyekat portal worldnewsdaily.com dan mengambil tindakan ke atas pengendalinya.

Malah MAS dalam satu kenyataan media menegaskan tidak lagi akan bertolak ansur dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas seperti itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi kedudukannya.

“MAS mengendalikan sektor Kuala Lumpur / Paris / Kuala Lumpur menggunakan pesawat A380. Syarikat penerbangan ini tidak membuat penerbangan seterusnya ke New York atau mana-mana destinasi Amerika Syarikat yang lain.

“Memandangkan beberapa tragedi (membabitkan pesawat MAS) sebelum ini, kami percaya laporan itu hanya dengan satu tujuan iaitu untuk menjana sangkaan, salah faham dan mencetuskan ketakutan dalam kalangan orang ramai. Apa sahaja motif laporan itu tidak mewakili kewartawanan beretika,” tegas kenyataan itu hari ini.

Justeru, MAS berharap orang ramai tidak terpedaya dengan pembohongan yang dibuat secara terang-terangan oleh portal worldnewsdaily.com tersebut.

MAS dalam pada itu menyelar penerbitan sebuah buku yang mendakwa menawarkan maklumat `scoop’ tentang MH370.

Menurut kenyataan itu, MAS terkejut dengan dakwaan penulis buku itu bahawa juruterbang MH370 sengaja mematikan bekalan oksigen dalam kabin dan mengaktifkan auto-pilot yang menyebabkan kehilangan MH370 .

Tegas MAS, tidak ada sebarang bukti untuk menyokong dakwaan yang dibuat menerusi buku itu yang dikarang semata-mata bagi maksud keuntungan penulis dan penerbit.

“Mereka tanpa akses kepada data yang boleh dipercayai membuat khabar angin atau fantasi yang paling ekstrem dan berbahaya.

“Pengarang dan penerbit harus cukup berasa malu kerana membuat publisiti murahan untuk mendapatkan wang di atas penderitaan keluarga mangsa dan merosakkan maruah semua anak kapal,” kata kenyataan itu. – myneweshub.cc

 

Tags: MASsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Jackie Chan Ditahan Di Beijing Kerana Dadah

Next Post

Hanya Lambang Parti Bertanding Dibenarkan Di P’kalan Kubor

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

23/12/2024
0

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan...

Next Post

Hanya Lambang Parti Bertanding Dibenarkan Di P'kalan Kubor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd