Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan hanya lambang dan bahan-bahan kempen parti bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) sahaja dibenarkan dipamer dan diedar di Pengkalan Kubor, Kelantan.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, perkara itu selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang turut mengkehendaki parti bertanding mendapatkan permit untuk bahan kempen daripada SPR dan telah membayar deposit RM3,000.

“Mengenai lambang parti politik lain yang digantung di luar kawasan PRK tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan SPR tidak mempunyai kuasa mengenakan tindakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Ghani dalam pada itu menasihatkan setiap parti bertanding mematuhi undang-undang dan tidak berkempen dengan cara yang boleh menimbulkan hasutan dan sebagainya.

Menurutnya, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan tentang kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan sepanjang tempoh kempen berlangsung dan boleh dikenakan tindakan tegas.

Justeru, semua pihak termasuk pemimpin, calon dan penyokong parti diminta mematuhi semua undang-undang, peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR dan pihak polis.

Beliau turut mengingatkan parti bertanding yang menggunakan premis awam atua swasta supaya mendapatkan kebenaran termasuk membayar sewa yang ditetapkan. – mynewshub.cc

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...