• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Enggan Komen Khabar Angin Azmin Dipilih MB S’gor

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan memberi komen berhubung khabar angin menyatakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan dilantik menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita belum dapat laporan rasmi. Kalau ada laporan rasmi baru saya akan buat komen. Selagi tidak ada laporan dan pengumuman rasmi daripada istana, saya tidak mahu buat komen.

“Dan kalau nak buat apa-apa komen, tunggu kita adakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) malam ini, lepas itu akan buat pengumuman rasmi,” kata Setiausaha Agung DAP itu kepada pemberita di sini hari ini.

Satu laporan berita menyatakan Mohamad Azmin yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa akan dilantik bagi menggantikan Abdul Khalid dan pengumuman dijangka dibuat oleh Istana Selangor hari ini.

Berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor, Lim berkata kebocoran itu adalah merupakan kelemahan dalam sistem kawalan dalaman.

Katanya kelemahan itu berterusan berikutan tiada tindakan serius diambil.

Semalam, Lembaga Peperiksaan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik bocor selepas kes kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris dan Sains UPSR. – BERNAMA

Tags: Azmin AliLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd