• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Akhirnya Akui Sumbangan Allahyarham Datuk Noor Zahidi

oleh Ahmad Albab
18/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pas Kelantan tidak menafikan memang wujud pelbagai pembangunan dilaksanakan kerajaan Persekutuan di kawasan Dun Pengkalan Kubor.

Timbalan Setiausaha Agung Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, sebagai rakan rapat kepada Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, beliau memang memberi penghormatan kepada usaha dilakukan Noor Zahidi semasa menjadi wakil rakyat Dun itu selama tiga penggal.

“Apa pun yang dibuat oleh pihak kerajaan Persekutuan di Pengkalan Kubor kita ucapkan terima kasih,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Wan Abdul Rahim yang juga Pengarah Operasi Pas PRK Dun Pengkalan Kubor, berkata, demikian ketika diminta mengulas berhubung isu pembangunan oleh kerajaan persekutuan selama ini yang dipandang remeh oleh Pas.

Beliau berkata, Pas sedar sejak Dun Pengkalan Kubor mula diambil alih daripada parti itu oleh BN pada PRU 2004, baru terdapat pembangunan dan kemajuan di kawasan itu.

“Pembangunan kawasan Pengkalan Kubor hanya boleh dinikmati penduduk selepas BN mula merampas kedudukan Pas di situ iaitu ketika Allahyarham Noor Zahidi menjadi Adun kawasan itu,” katanya.

Wan Abdul Rahim mengakui pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan projek menaik taraf jalan kasban iaitu jalan yang dibina berdekatan tebing Sungai Golok di sini untuk tebatan banjir, antara projek yang banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat.

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 September ini sebagai hari mengundi.

PRK itu membabitkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail
Bukhary.

Pada PRU13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: PASPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd