Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Ajal Kaki Mabuk Belum...

Moscow - Seorang lelaki yang diisytiharkan mati selepas terlalu banyak minum arak terkejut...

PAN: Raja Berperlembagaan Tak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Presiden Pelindung Khazanah Alam Sekitar...

Doktor Juga Berdoa Sebelum...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memperkatakan tentang peri...

Sukan Asia: Hoki Tewas...

INCHEON - Korea Selatan terus menjadi duri dalam daging buat skuad hoki negara...

Ketua Pemuda PAS Cemas Pakatan Akan Berpecah

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat cukup cemas dengan perkembangan mutakhir yang kian memungkinkan perpecahan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pimpinan PKR, DAP dan PAS supaya menghentikan sebarang kenyataan berupa tindak balas ke atas satu sama lain yang boleh menambah retak hubungan parti-parti tersebut.

“Saya menasihatkan diri saya dan pimpinan PAS serta pakatan agar mengelakkan memulakan atau bertindak balas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan. Seperti kenyataan “cerai” bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut.

“Saya mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tetap akan bersama dengan pakatan seperti diputuskan oleh muktamar 2008,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata demikian kerana bimbang dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd. Khairil Nizam Khiruddin pada 24 September lalu yang menyebut PAS akan keluar daripada pakatan pembangkang bila tiba masanya.


Beliau mendakwa kenyataan itu kononnya bukan menyatakan PAS mahu keluar daripada pakatan pembangkang sebaliknya dengan niat mengelakkan tekanan-tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran.

Dakwa beliau, kenyataan Mohd. Khairil itu tiada kaitan dengan krisis jawatan Menteri Besar Selangor atau pelantikkan Exco kerajaan negeri seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah menghubungi Ketua DPSY Malaysia dan Ketua AMK untuk mempertemukan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dengan Ketua DAPSY Sarawak untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

Media sebelum ini melaporkan Mohd. Khairul menyebut jika sudah tiba masanya, PAS akan keluar daripada pakatan pembangkang memandangkan pemimpin parti itu seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori