Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Adakah Smart Phone Menjadikan...

Berang iPhone miliknya dirampas, seorang kanak-kanak perempuan dari Amerika Syarikat telah melakukan yang...

Karnival YEZ Wadah Kreatif...

MERIAH... Hujung tahun ini sekali lagi umat Islam di ibu kota 'digegarkan' dengan...

Perhimpunan Agung UMNO 2019...

KUALA LUMPUR - Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 hari ini mencatat sejarah...

Mindef Kerjasama Penuh J/Kuasa...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Siasatan Tadbir...

Kes Dadah Di Kelantan Catat Peningkatan

KOTA BHARU – Jumlah kes dadah di Kelantan mencatatkan peningkatan yang ketara dengan 351 kes dilaporkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak 255 kes dilaporkan dengan 399 tangkapan di negeri ini.

“Pada Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 521 tangkapan dibuat melibatkan kes di bawah Seksyen 39B, 39A (2) dan 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ini bermakna mereka yang mengedar dadah secara besar-besaran di negeri ini banyak, penguatkuasaan memang banyak tetapi ia masih ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pemakaian Pangkat dan Pelantikan Pasukan Petugas Khas PDRM Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman.

Di majlis itu, sebanyak 15 pegawai kanan polis kontinjen Kelantan dinaikkan pangkat daripada ASP kepada DSP. Tiga pasukan khas bagi membanteras kes kecurian kenderaan, lumba haram dan dadah turut dilancarkan.


Mazlan berkata kawasan sempadan akan menjadi tumpuan utama kepada pasukan khas itu dalam usaha membanteras gejala dadah di negeri ini.

“Kita perlu ambil tindakan tegas terutama di kawasan sempadan kerana kalau tidak ia akan menjadi masalah kepada negeri-negeri lain.

“Ini kerana kemasukan dadah adalah melalui negeri ini, kita ingin lupuskan sindiket ini,” katanya.

Mazlan berkata permintaan terhadap dadah terutama sekali pil kuda amat tinggi di negeri ini.

“Ada yang jual antara RM25 sehingga RM30 sebiji, permintaan tinggi tetapi ia masih dalam keadaan terkawal kerana kita sentiasa mengadakan operasi secara berterusan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori