Sample Page Title

GEORGETOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap berdegil  mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini dan tidak akan tunduk sama sekali dengan amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap pasukan itu.

Malah Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pagi ini turut mencabar Khalid untuk berbahas secara terbuka dengan beliau berhubung isu PPS.

“Walaupun kami tidak ada kekuatan seperti Ketua Polis Negara, kami tidak akan tunduk kerana satu nilai sahaja iaitu kebenaran. Kalau beliau (Khalid) benar-benar rasa beliau benar, saya cabar Ketua Polis Negara untuk adakan satu perbahasan terbuka tentang PPS.

“Beranikah anda sebagai Ketua Polis Negara untuk mengadakan perbahasan tentang ucapan beliau yang sungguh tidak bertanggungjawab menggunakan kuasa untuk menangkap (anggota exco) Phee Boon Poh dan juga mengambil keterangan Ketua Menteri,” katanya.

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.

Polis turut mengambil keterangan Lim dan Anggota Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer. Lim berada di IPD Timur Laut sehingga pukul 3.30 pagi.


Khalid dalam Twitternya semalam meminta mereka yang bertanggungjawab terhadap PPS segera menyerah diri sebelum polis menyerbu rumah mereka.

Tindakan terhadap PPS diambil berikutan pasukan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Lim tetap menegaskan PPS adalah pertubuhan di bawah kerajaan negeri pimpinan DAP dan akan mempertahankan anggota pasukan itu.

“Kerajaan negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan beliau (Khalid)…mungkin saya nak tanya bilakah giliran saya untuk ditangkap…saya tunggu sama beliau,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...