• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan PRK P’kalan Kubor Dijangka Diumum 10 Malam

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini dijangka diumumkan pukul 10 malam, hari berkenaan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN itu, Mohd Sobri Ramli berkata pihaknya yakin proses pengiraan undi akan berjalan lancar memandangkan lokasi pusat pengundian itu berdekatan dengan pusat penjumlahan undi.

“Di DUN ini tidak ada pulau-pulau yang memerlukan helikopter malah kawasan ini adalah kecil dan dekat. Kita jangkakan semuanya berjalan lancar dan pengumuman dapat dilakukan pada masa itu,” katanya kepada pemberita di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, Khamis.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Kelantan Mohamad Mahmud.

Sebanyak 11 pusat mengundi melibatkan 12 daerah mengundi di DUN itu manakala pusat penjumlahan undi akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini.

Pusat penamaan calon pada 13 September ini akan diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – mStar Online

Tags: PRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd