Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

TERKINI: ‘Saya Baru Hantar...

PENDANG: "Saya terkejut apabila dapat berita isteri meninggal dunia kerana kami sekeluarga baru...

Padah Berani Sangat Acu...

SERI MANJUNG - Seorang pemandu lori mengacukan parang kepada polis yang mengejarnya selepas...

Makin Terbuka, Erra &...

JIKA sebelum ini primadona filem Melayu, Erra Fazira dengan penyanyi Shahir Zawawi sering...

Teresa Tuntut RM30 Juta...

KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menuntut Pertubuhan Jaringan...

Kenapa Ziela Jalil Kaburkan Bahagian Dada Dalam Gambar?

APA yang akan anda fikir jika melihat gambar yang dikaburkan di bahagian-bahagian tertentu?

Pastinya anda sudah boleh mengagak ia mungkin kurang menyenangkan jika dilihat, betul tak?

Justeru, tindakan pelakon dan penerbit Ziela Jalil memuatnaik gambar yang dikaburkan di bahagian dada di akaun Instagramnya semalam menimbulkan pelbagai spekulasi daripada para pengikutnya.

Ada yang mengatakan baju tersebut jarang, ketat dan bermacam-macam lagi.

Kenapa Ziela Jalil Kaburkan Bahagian Dada Dalam Gambar?

Bagi merungkai persoalan itu, Ziela menerusi Harian Metro menjelaskan bahawa baju tersebut menampakkan bentuk dadanya, sekaligus membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengaburkannya.

“Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula.

“Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu,” katanya.


Mungkin kerana tidak mahu kekecohan berterusan, Ziela akhirnya memadamkan gambar tersebut dan menggantikannya dengan gambar lain.

Kenapa Ziela Jalil Kaburkan Bahagian Dada Dalam Gambar?

Secara logiknya, sesiapa sahaja akan mempunyai prasangka jika gambar dikaburkan sebegitu.

Senang cerita, lebih baik pilih gambar yang tak akan menimbulkan kontroversi dan Ziela pun tak perlu bersusah-payah mengaburkan gambar tersebut…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori