Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

P.Pinang Sekali Lagi Dilanda...

BALIK PULAU - Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat dan kejadian tanah...

Russia Melarang Kemasukan PM...

MOSCOW: Moscow mengumumkan ia melarang kemasukan Perdana Menteri, Boris Johnson dan beberapa pegawai...

320 Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Seramai 320 mangsa daripada 68 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir...

Dulu Buka Tudung, Kini...

ADAKALANYA sebagai manusia biasa, kita tak terlepas daripada cuba untuk kelihatan cantik di...

Kenaikan Awal Gaji Kakitangan Kerajaan Berita PALSU

Sejak semalam tersebar berita menyatakan kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji awal bermula 1 Januari depan.

Khabarnya berita ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Turut dinyatakan kadar kenaikan adalah RM500 untuk kakitangan sokongan dan RM1,000 untuk pegawai beserta elaun risiko sebanyak RM300.

Di bawah adalah petikan berita tersebut:

berita palsu

Bagaimana pun jawapan yang kami terima daripada sumber Putrajaya mengesahkan berita di atas adalah PALSU dan REKAAN semata-mata.


Buat masa sekarang masih tiada sebarang pengumuman dibuat oleh kerajaan berkaitan kenaikan gaji.

Tak dapat dipastikan apa motif individu yang bertanggung jawab menyebarkan cerita ini namun umum mengetahui hal gaji tak boleh dibuat main-main dan sensitif.

Mungkin individu terbabit sengaja nak buat orang ramai yang termakan dengan berita bohong ini terasa diri mereka dipermainkan kot.

Apa pun sama-samalah kita tunggu jika ada sebarang berita berkaitan diumumkan kelak.
– MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori