• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KD Sri Johor Tumpas Cubaan Seludup Lebih 1,200 Liter Petrol

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cubaan sebuah bot menyeludup 51 tong berisi 1,275 liter minyak petrol dipercayai untuk dibawa ke Sitangkai, Filipina gagal selepas ditahan kapal ronda Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Sri Johor.

Komander Pangkalan Sandakan Markas Pangkalan Sandakan Laksamana Pertama Ahmad Abdullah berkata dalam kejadian pada 3.15 pagi itu, bot berkenaan dipintas kira-kira 22 batu nautika utara Pulau Mataking, iaitu 4.4 batu nautika dari sempadan perairan antarabangsa Malaysia-Filipina.

“Bot ini dipintas semasa kami melaksanakan operasi mengawasi keselamatan perairan ESScom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan, terdapat tiga awak-awak berumur antara 18 dan 22 tahun tidak mempunyai pengenalan diri sah di dalam bot berkenaan, katanya.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat 51 tong minyak petrol berkapasiti 25 liter setiap satu dianggarkan bernilai RM2,677 yang akan diseludup ke Sitangkai, Filipina.

Turut dirampas wang bernilai RM1,454, 2,500 Peso (RM182) dan empat buah telefon bimbit, katanya.

Beliau berkata bot kayu itu dilengkapi sebuah enjin 15 kuasa kuda dan diiringi dua bot pam dengan enjin 19 kuasa kuda setiap satu.

Katanya awak-awak, barang rampasan serta bot tersebut ditunda ke Kapal Induk Bunga Mas 5 untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: polisseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd