• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Bebas Kaji SOP Peperiksaan Awam

oleh Ahmad Albab
19/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk mengkaji prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan awam berikutan kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, akan mengadakan mesyuarat pertama Rabu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam, Tun Zaki Tun Azmi berkata mesyuarat itu akan diadakan di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Beliau berkata jawatankuasa perlu memfokuskan kepada usaha mengkaji, meneliti dan menilai proses kerja dan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan peperiksaan itu termasuk cadangan penambahbaikan.

Katanya fokus tersebut penting untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap integriti proses pelaksanaan peperiksaan awam yang dikendalikan Kementerian Pendidikan dan menurutnya isu mengenai fokus tersebut telah dibincangkan bersama-sama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

“Saya berpandangan bahawa perkara ini perlu disegerakan dan telah menetapkan mesyuarat pertama bagi jawatankuasa ini adalah pada 24 September di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Berikutan kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 baru-baru ini, kerajaan menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan semula kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Pelantikan Zaki yang juga bekas Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi jawatankuasa bebas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lepas.

Mengulas tentang pelantikan itu, Zaki melahirkan penghargaan terhadap Muhyiddin kerana melantiknya dan menyifatkan ia sebagai satu tugas serta amanah yang akan digalas sebaik mungkin.

Jawatankuasa itu turut mempunyai lapan anggota iaitu Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin; bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Tan Sri Profesor Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Datuk Johari Jamaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab; bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri K. Kumaran dan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Lok Yim Pheng. – BERNAMA

Tags: SOPUPSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Lagu Jom Mai Kedah Versi Budak-Budak

Next Post

7 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Wanita

Related Posts

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian...

Next Post

7 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Wanita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd