• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Kecilkan Fizz Fairuz Dilantik Duta Ubat Kuat

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Fizz Fairuz meminta masyarakat agar tidak mengkritik mana-mana selebriti yang diberi peluang menjadi duta produk ubat penambah tenaga batin.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 35, berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka mengenai informasi ubat atau makanan tambahan yang berfungsi untuk membaik pulih hubungan kelamin suami-isteri.

“Baru-baru ini saya telah dilantik untuk menjadi duta sebuah produk ubat tenaga batin bersama isteri, Almy Nadia.

“Ada yang memberi komen positif tetapi kebanyakannya mengutuk. Tetapi saya tidak kisah, kerana itu adalah rezeki kami, tidak kiralah apa produk sekalipun. Buat apa nak malu?

“Cuma sepatutnya mereka perlu bersikap terbuka berkenaan perkara ini kerana ia juga berinformasi kepada mereka terutamanya yang sudah berkahwin,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Fizz, sikiap berfikiran tidak terbuka dengan produk-produk tenaga batin juga membuatkan ramai yang tidak tahu mengenai informasi-informasi yang membabitkan masalah hubungan kelamin suami-isteri.

Sementara itu, Fizz berkata, dia bukan sahaja peka terhadap kesihatan dalaman badan tetapi juga seorang yang prihatin terhadap penampilan diri.

“Kalau nak tahu, saya seorang lelaki yang peka terhadap penjagaan kesihatan dan penampilan. Untuk makanan tambahan sahaja, macam-macam saya ambil.

“Apatah lagi soal penampilan, saya akan pastikan imej saya sentiasa kemas walaupun mahu melepak dengan rakan-rakan di kedai kopi.

“Ini kerana, aktiviti harian saya di luar jangkaan. Elok-elok tengah lepak, tiba-tiba saya mendapat panggilan untuk pergi ke sebuah mesyuarat pula. Kiranya saya perlu sentiasa bersedia,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fizz baru saja selesai penggambaran telefilem Lagenda Long Piah bersama syarikat produksi Skop Production. – mStar Online

Tags: Fizz Fairuzpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd