• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Gadai Masa Depan Sabah Demi Peribadi

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak, khususnya golongan yang cuba membangkitkan isu membawa Sabah keluar dari Malaysia, agar tidak menggadai masa depan rakyat dan negeri itu semata-mata demi agenda peribadi.

Hishammuddin berkata, golongan yang disifatkannya sebagai ‘tidak ada kerja lain selain berpolitik’ perlu melihat isu keselamatan Sabah daripada perspektif lebih jauh kerana sebarang kesilapan boleh mengundang padah dan segala yang diperjuangkan mereka termasuk kuasa akan menjadi sia-sia.

“Di sini saya nak menyatakan berhubung kait dengan kebimbangan saya berkenaan ancaman dan keselamatan di Sabah dan di Sarawak. Saya tengok apa yang berlaku di dunia, lebih-lebih lagi berkaitan militan Islam khususnya Islamic State (IS) dan apa yang kita lihat di bumi Iraq dan Syria.

“Hari ini saya mendedahkan kenyataan sokongan Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF) dan Abu Sayyaf kepada IS.

“Ini bukan untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah tetapi ini kenyataan secara terbuka dan tidak mustahil ia merupakan sesuatu yang memang diperjuangkan oleh mereka kerana Moro National Liberation Front (MNLF) sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka untuk mewujudkan Islamic Caliphate iaitu merangkumi Selatan Filipina, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia,” kata Hishammuddin.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Penampang di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose.

“Jadi ancaman yang dihadapi oleh Sabah kalau terbawa-bawa dengan sentimen polemik politik keluar dari negara Malaysia menggunakan isu perkauman dan isu keagamaan, ini merupakan keretakan yang wujud di negara-negara lain yang boleh diekoploitasi oleh pihak tertentu.

“Saya mengambil kesempatan hari ini mengingatkan pemimpin Umno dan rakyat Sabah bahawa ada had dan batasan dalam kita berpolitik, ada had dan batasan untuk kita mendapatkan kerusi dan kuasa.

“Sekiranya apa yang berlaku di negara-negara yang ‘tidak lulus ujian bila diduga’ jawatan tinggi, kedudukan tinggi tidak bermakna kalau negara huru-hara, rakyat tidak bersatu dan dijajah semula oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Hishammuddin.

Berdasarkan kenyataan BIFF, jurucakap BIFF Abu Misry Mama dilaporkan berkata bahawa mereka telah menjalin kerjasama dengan IS dan Abu Bakr al-Baghdadi.

Menurut Hishammuddin kumpulan militan di Nigeria Boko Haram juga mengumumkan rancangan mereka untuk menubuhkan negara Islam Nigeria dan menyokong IS serta kini di Selatan Filipina dan perkembangan itu sepatutnya membawa pengajaran kepada Sabah. – BERNAMA

Tags: HishammuddinSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd