Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Taktik Notis Guna Nama...

KECOH menerusi laman sosial apabila satu notis yang menggunakan nama dan lambang Tenaga...

Cara The Edge Korek...

BAGI mereka yang pernah menontoh filem 'pecah panggung' The Paper ditayangkan di seluruh dunia...

3 Lagi Warga China...

PUTRAJAYA - Tiga warga China yang disyaki sebelum ini disahkan positif koronavirus.Ketua Pengarah...

Fasha Sandha Bertikam Mulut...

KISAH rumah tangga pelakon Fasha Sandha bukan perkara baharu diperkatakan dalam kalangan peminatnya.Terbaharu,...

Ito Raih Petak Pertama, Malang Buat Zamri

YUKI Ito meneruskan penguasaan pada hari kedua Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan SuperSports 600cc di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha yang mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas hari pertama, semalam, berjaya mencatat masa lebih baik pada sesi kelayakan hari ini dengan merekodkan masa terpantas 2’14.242s sekaligus meraih kedudukan petak pertama buat pertama kali di dalam saingan ARRC.

Gandingan Musashi Boon Siew Honda Racing, Mohd Zaqhwan Zaidi dan Makoto Tamada mengekori di belakang dengan Zaqhwan hanya 0.040s ketinggalan kepada Ito manakala Tamada ketiga dengan catatan 2’14.296s.

Malang buat seorang lagi rakan sepasukan Zaqhwan dan tamada, Mohd Zamri Baba yang juga merupakan pendahulu keseluruhan ketika ini apabila tidak dapat meneruskan saingan di Suzuka apabila mengalami kecederaan patah kaki kiri akibat kemalangan pada sesi latihan bebas ketiga di sebelah pagi.

“Sukar untuk saya perkatakan kerana ini merupakan kali pertama saya meraih petak pertama di ARRC. Terima kasih kepada seluruh pasukan yang bekerja keras dan pencapaian ini untuk semua kerana saya bukan hanya berlumba untuk diri saya sendiri sebaliknya untuk seluruh pasukan termasuklah penaja-penaja,” jelas Ito.

Tambahnya, “Cuma saya sedikit kecewa kerana gagal mencatat masa yang lebih baik. Jentera belum berada pada tahap 100 peratus terbaik kerana kami terpaksa melakukan pelbagai pelarasan disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu. Malah, mujurlah hujan turun pada penghujung sesi kelayakan tadi dan saingan diberhentikan lebih awal selepas kibaran bendera merah. Ketika itu saya sedar yang saya kekal sebagai pelumba terpantas,” jelas Ito lagi.

Bagi Zaqhwan pula, “Ini merupakan persembahan terbaik saya pada tahun ini. Jurutera dan krew pasukan telah melakukan kerja yang sangat bagus dengan menyediakan jentera yang terbaik dan pada masa sama dapat meningkatkan keyakinan saya sewaktu di litar. Cuma saya bersedih dengan nasib yang menimpa Zamri, jadi saya berhasrat untuk meraih kedudukan podium agar dapat membantu pasukan kami kekal mendahului senarai keseluruhan berpasukan dan pada masa sama untuk merealisasikan hasrat berada di kelompok lima pelumba teratas pada musim ini,” jelas Zaqhwan.

Sementara itu, duo pasukan PETRONAS Hong Leong Yamaha menguasai sesi kelayakan Underbone 130cc dengan Ahmad Fazli Sham muncul pelumba terpantas dengan catatan masa 2’45.009s manakala Mohd Affendi Rosli kedua terpantas dengan masa 2’45.457s.

Gupita Kresna Wardhana (Kawasaki KYT Rextor Manual Tech) ketiga dengan masa 2’45.526s.


“Walaupun baru pertama kali beraksi di litar ini, saya cukup gemarinya dan gembira kerana meraih petak depan untuk perlumbaan akhir esok. Saya juga gembira kerana Affendi turut memulakan perlumbaan bersebelahan saya dan mudah-mudahan kami berdua dapat menaiki podium pada perlumbaan akhir nanti.”

Dalam saingan Asia Dream Cup (ADC), dua pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi dan Harith Farhan Baharin akan memulakan perlumbaan dari barisan depan setelah mendahului sesi kelayakan apabila masing-masing mencatat masa terpantas 2’42.745s dan 2’43.668s.

Pelumba Jepun, Shunya Mori menggunakan kelebihan di halaman sendiri untuk mencatat masa ketiga terpantas, 2’43.760s sekaligus bakal memulakan perlumbaan dari petak ketiga.

“Pengalaman beraksi dalam perlumbaan Suzuka 2-Hour Endurance banyak membantu saya untuk menghadapi perlumbaan minggu ini. Selain itu saya gembira kerana rakan senegara, Harith juga mencatat masa pantas dan akan bermula di sebelah saya. Mudah-mudahan kami berdua dapat naik ke podium esok,” jelas Khairul Idham.

Keputusan Kelayakan
SuperSports 600cc
1.Yuki Ito (Yamaha) 2’14.242s 2.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 2’14.282s 3.Makoto Tamada (Honda) 2’14.296s 4.Satoru Iwata (Honda) 2’14.537s 5.Jakkrit Swangswat (Honda) 2’14.641s

Underbone 130cc
1.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 2’45.009s 2.Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 2’45.457s 3.Gupita Kresna (Kawasaki) 2’45.526s 4.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 2’45.908s 5.Ferlando Herdian (Yamaha) 2’46.477s

Asia Dream Cup
1.Khairul Idham Pawi (MAS) 2’42.745s 2.Mohd Harith Farhan Baharin (MAS) 2’43.668s 3.Syunya Mori (JPN) 2’43.760s 4.Andi Farid (INA) 2’44.117s 5.Chuang An-Yu (TPE) 2’44.213s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori