• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Lagu Negaraku Gambaran Sebenar DAP

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mempersoalkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dan mengaitkannya dengan era komunis jelas menggambarkan perjuangan, niat serta hala tuju yang dibawa DAP.

Pensyarah Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling berkata, tindakan Chieng Jen juga mempamerkan bahawa beliau tidak matang sebagai seorang pemimpin.

“Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat beliau sepatutnya memimpin masyarakat untuk sama-sama melindungi dan mencintai negara. Kita bimbang tindakan beliau akan menjadi ikutan kepada masyarakat sekaligus menyemai sikap negatif kepada negara.

“Tindakan beliau ini juga memberi gambaran bahawa nikmat kewarganegaraan yang termaktub dalam perlembagaan tidak dihargai, sama seperti golongan yang sering menghina institusi raja dan Jalur Gemilang, mensabotaj dan mencetuskan provokasi dalam negara,” katanya kepada Bernama.

Mohamad Faisol berkata, perbuatan menghina dan khianat terhadap negara kini seolah-olah menjadi budaya segelintir pihak bagi tujuan kepentingan parti.

Chieng Jen pada Rabu lepas dikecam oleh pelbagai pihak ekoran tindakannya mempersoalkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya.

Status Chieng Jen, antara lain, menyebut: “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”

Beliau bagaimanapun memohon maaf dan memadamkan status berkenaan selepas mendapat komen dan reaksi negatif daripada pengguna laman sosial.

“Bagaimana lagu Negaraku yang menjadi lambang dan alat perpaduan semua kaum di negara ini dikatakan mempunyai nilai seperti mana komunis,” kata Mohamad Faisol yang mempersoalkan tindakan Chieng Jen. – BERNAMA

Tags: DAPlagu kebangsaan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Kota Melaka membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong konon DAP Melaka mencipta sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd