• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haji Hadi Kecil Hati Dengan Anwar, Dakwa Perwakilan

oleh AK-47
05/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kecil hati dengan perlakuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan yang tidak selari dengan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), kata perwakilan Pemuda PAS.

Perwakilan Pemuda PAS dari Kelantan Nur Azariza Mohd Alwi berkata, sebagai ahli, dan penyokong, keputusan Hadi itu seharusnya disokong kerana presiden PAS itu lebih mengenali Anwar.

Nur Azariza berkata keputusan dibuat Hadi adalah disebabkan reaksi kepada beberapa keputusan Anwar yang membelakangkan konsensus PR.

“Hadi kenal Anwar berpuluh tahun dulu, siapa kita hendak persoalkan,” katanya, ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di Kota Tinggi, Johor hari ini.

“Hadi kecil hati banyak dengan Anwar apabila Anwar umum perkara yang tidak menerima konsensus PR.

“Anwar lakukan beberapa keputusan seperti Langkah Kajang tanpa konsensus PR,” katanya di depan perwakilan dan pemerhati muktamar tahunan ke-55 sayap parti Islam itu.

“Reaksi Hadi adalah hasil perbuatan rakan kita,” katanya.

Beliau berkata, PAS Kelantan mempertahankan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kini ditadbir PR.

“Kelantan bersama presiden dan kepimpinan ulama,” katanya.

Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Terengganu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim menyuarakan kekecewaan kepada kepimpinan Suhaizan yang dilihat tidak menyatakan sokongan secara terbuka kepada Hadi.

Polisi “politik budiman” yang dianjurkan Suhaizan juga turut dikritik apabila beliau sering bersama kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR).

“Kami setuju tetapi kami bimbang PAS saja yang budiman tetapi rakan kita yang lain tidak.

“Ini terbukti apabila Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad langsung tidak budiman dengan Hadi,” katanya.

Beliau berkata, meskipun mengadakan pertemuan dengan Hadi baru-baru ini bersama Suhaizan dan Ketua Pemuda Sosialis Kebangsaan (Dapsy) Teo Kok Seong, pemimpin PKR itu masih lagi mengkritik Hadi.

“Apa budi beliau buat bertemu dengan presiden sedangkan melontarkan kata-kata nista yang mengguris perasaan Pemuda,” katanya.

Beliau mengharapkan Suhaizan untuk melihat dengan lebih lanjut berhubung perkara itu kerana khuatir dalam mereka berbudiman bersama rakan dalam PR, mereka meminggirkan Hadi.

“Saya harap ketua Pemuda PAS melihat ke depan, dalam keadaan kita fikir budiman ini, tiba-tiba kita tidak budiman dengan presiden sendiri.

“Saya menunggu kenyataan rasmi ketua Pemuda untuk mendukung kenyataan presiden secara terbuka,” katanya. – The Malaysian Insider

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd