Sample Page Title

BUTTERWORTH – Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijadual dilaksana mulai 1 April tahun depan tidak akan menjejaskan industri barang kemas walaupun sektor itu termasuk dalam cukai berkadar enam peratus berkenaan.

Bendahari Divisyen Belia, Kesatuan Peniaga Barang Kemas Cina Heng Woh Pulau Pinang, Saw Eng Hock berkata pihaknya menjangka penjualan barang kemas menurun 20 hingga 30 peratus bagi dua tahun pertama pengenalan GST, namun permintaan akan kembali stabil selepas itu.

“Ini disebabkan orang ramai mungkin beranggapan mereka terpaksa membayar lebih susulan pelaksanaan GST, namun kami yakin ini hanya untuk tempoh singkat. Selepas orang ramai benar-benar memahami GST industri akan kembali normal,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis penerangan GST bersama persatuan-persatuan tukang emas Pulau Pinang anjuran Jabatam Kastam Diraja Malaysia..

Sementara itu, Saw berkata setakat ini lebih 50 peratus daripada 300 anggota persatuan berkenaan telah mendaftar dengan kerajaan bagi menyertai GST.

“Kami percaya anggota persatuan yang belum berdaftar bagi menyertai GST masih belum faham mengenainya, sebab itulah kami merancang untuk mengadakan satu seminar pada Sabtu ini (21 Sept) di Kompleks Kastam Seberang Jaya, di sini bagi memberi menerangan kepada mereka mengenai GST,” katanya.

Katanya mereka akan dibantu Jabatan Kastam bagi memberi penerangan kepada anggota persatuan yang masih belum mendaftar.

“Kami mahu semua anggota persatuan mendaftar dan menerima manfaat daripada pelaksanaan GST itu nanti, ini adalah untuk kebaikan semua,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...