• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Daya Saing Malaysia Setaraf Negara Lain

oleh Ahmad Albab
09/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan meletakkan Malaysia pada tahap yang sama dengan negara lain dari segi daya saing eksport, kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata, walaupun rejim cukai jualan tidak mengenakan cukai pada barang yang dieksport, barang berkenaan tidak bebas sepenuhnya daripada cukai memandangkan sesetengahnya cukai tersembunyi, yang tidak boleh dikecualikan, sudah pun dimasukkan ke dalam penetapan harga eksport.

“Sebagai contoh, sesetengah daripada barang modal dan perkhidmatan digunakan dicukai dalam pengeluaran barang dieksport itu kerana tidak ada mekanisme di bawah sistem cukai masa kini untuk mengecualikan cukai tersembunyi itu.

“Ini akhirnya menjadikan produk eksport kita kurang daya saing dalam pasaran antarabangsa,” katanya dalam ucapan khas di Persidangan Kebangsaan Kedua bagi pelaksanaan GST, di sini, hari ini.

Beliau berkata GST juga dijangka dapat meningkatkan kecekapan cukai, kerana ia adalah cukai pelbagai peringkat meliputi semua sektor ekonomi.

“Di bawah sistem cukai masa kini, jika barang pembuatan diseludup ke dalam negara, barang itu tidak dicukai di sepanjang rangkaian bekalan tetapi di bawah GST kemungkinan barang berkenaan tidak dicukai adalah tipis,” katanya.

Pada masa kini, kata Khazali, cukai jualan dikenakan di peringkat pengeluar atau di peringkat import yang merupakan tahap paling bawah dalam pengedaran untuk menjamin hasil tidak terlepas.

Ini, katanya, mungkin menggalakkan pengeluar dan pengimport untuk cuba mengelak cukai.

“Langkah mengelak cukai jualan semasa berleluasa kerana sistem yang ada kekurangan ciri-ciri pemeriksaan silang yang penting untuk sebarang sistem cukai,” kata beliau.

Persidangan sehari yang bertemakan “Cabaran dalam Pelaksanaan GST di Malaysia” dianjurkan bersama oleh Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia dan Akademik Eksport Malaysia. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakar Kardiologi Presiden Baharu SUPP

Next Post

UiTM Kelantan Diberi Kuasa Autonomi Tahun Ini

Related Posts

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

UiTM Kelantan Diberi Kuasa Autonomi Tahun Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd