Sample Page Title

KUCHING – Pakar kardiologi Datuk Dr Sim Kui Hian dipilih sebagai presiden baharu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Selasa.

Dr Sim, 49, yang sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung, mengambil alih daripada Tan Sri Peter Chin Fah Kui dalam pemilihan yang diadakan semasa persidangan perwakilan tiga tahun sekali, kali ke-23, di ibu pejabat parti itu di sini.

Timbalan Presiden Datuk Richard Riot, yang juga Menteri Sumber Manusia, mengekalkan jawatannya manakala Datuk Sebastian Ting mengambil alih jawatan setiausaha agung.

Perwakilan ke persidangan itu juga sebulat suara memilih Datuk Ding Kuong Hiing sebagai bendahari agung baharu untuk menggantikan Datuk David Teng Lung Chi.

Sementara itu, Tan Kai dipilih semula tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda manakala Datin Jeniffer Chee Monie pula dipilih sebagai Ketua Wanita. – mStar Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...