• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Bakal Rangsang Permintaan Ke Atas Kenderaan

oleh AK-47
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 mampu merangsang permintaan ke atas kenderaan berikutan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menyebabkan penurunan harga, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari.

SST sebanyak 10 peratus akan dimansuhkan pada 1 April 2015 dan digantikan dengan GST pada kadar enam peratus.

“Ia boleh merangsang permintaan untuk kereta dan kita tidak mengharapkan impak besar ke atas harga berikutan pelaksanaan GST,” katanya kepada pemberita semasa Pameran Keselamatan Automotif dan Logistik MAI-Lafarge 2014 di sini hari ini.

Jualan kenderaan masih menunjukkan pertumbuhan positif, katanya ketika ditanya kebarangkalian jualan kenderaan mengalami kemerosotan ekoran pengguna sekarang ini mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum GST dikuatkuasakan.

“Jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas, didorong oleh kempen jualan yang agresif oleh penggiat industri,” katanya.

“Unjuran TIV sebanyak 670,000 unit bagi tahun ini telah diubah kepada 680,000 unit,” katanya.

MAI melaporkan bahawa TIV untuk tempoh Januari hingga Julai sebanyak 11,490  unit atau tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2013, didorong oleh kempen jualan yang agresif.

“Jualan agak teguh. Menerusi pelancaran kenderaan baharu bulan ini dan bulan-bulan akan datang, kami yakin TIV akan lebih tinggi daripada unjuran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia, Bradley Mulroney berkata syarikatnya menyediakan pelbagai inisiatif untuk mendidik pemandu dan pengendali kargo mengenai keselamatan jalan raya.

“Pameran ini akan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan keselamatan dalam kalangan petugas syarikat logistik dan operator perkhidmatan pengangkutan.

“Kami juga bekerjasama rapat dengan operator pengangkutan kami untuk memastikan kenderaan mereka berada pada tahap terbaik dan dilengkapi peralatan keselamatan perlu,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd