Siapa saja tak kenal dengan pelawak nombor satu dunia yang mampu membuat anda tak kering gusi ketawa lebih-lebih lagi di dalam siri Mr. Bean, itulah dia Rowan Atkinson.
Buat pengetahuan anda, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebaga ‘Mr. Bean’ mempunyai seorang anak perempuan bernama Lily Atkinson hasil perkahwinannya dengan Sunetra Sastry.
Anak kepada pelawak nombor satu dunia itu dikenali media apabila beliau tampil dalam filem lakonan Mr. Bean iaitu Johnny English Reborn yang ditayang pada tahun 2011.
Sebenarnya Lily pernah membintangi beberapa filem dan penglibatannya sejak tahun 2004 membuktikan bahawa beliau juga mempunyai bakat seni seperti bapanya.
Pada 2004, dia tampil dalam filem keluarga berjudul Tooth dan sejak dari saat itu, Lily mula menjinak-jinak dalam arena lakonan.
Rowan Atkinson, 59,  mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan itu. Selain Lily, mereka juga mempunyai anak lelaki bernama Benjamin yang kini berusia 20 tahun.
Atkinson dan Sastry berkahwin pada 1990 dan dilaporkan telah berpisah pada Februari lalu.
Oleh: hzqahmd


