Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Isyarat Radio Misteri Dari...

GEMPAR... Satu isyarat radio misteri berjaya dikesan oleh sebuah teleskop di wilayah barat...

NGO, Sasterawan Negara Bantah...

KUALA LUMPUR - Gabungan Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Soalan UPSR Bocor: Beberapa...

PUTRAJAYA - Beberapa individu dan empat lokasi 'hotspots' telah dikenal pasti berhubung kebocoran...

Penguat Kuasa MBJB Cedera...

JOHOR BAHRU: Seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) cedera di...

Diskriminasi Kaum Dalam Sektor Pekerjaan Masih Wujud

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta kerajaan mengkaji semula masalah diskriminasi kaum yang didakwa berlaku dalam negara dengan cara lebih menyeluruh.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, diskriminasi pekerjaan di negara ini masih berlaku terhadap kaum bukan Melayu dalam sektor awam dan terhadap kaum bukan Cina dalam sektor swasta.

“Oleh yang demikian, kita perlulah melihat dan mengkaji semula diskriminasi kaum yang berlaku di dalam negara secara keseluruhan.

“Bagi mencapai perkara ini, semua komuniti perlu bekerjasama dan bersedia membincangkan isu ini secara terbuka dan jujur jikalau kita ingin merumuskan sebuah polisi yang adil dan saksama untuk seluruh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada tindakan seorang pemilik francais Old Town White Coffee di Johor Bahru baru-baru ini mengeluarkan iklan pekerjaan yang mengutamakan pemohon daripada kaum Melayu dan Cina.


Nik Nazmi berkata, walaupun pemilik francais itu telah memohon maaf tetapi kelakuan itu tidak boleh diterima kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan peluang pekerjaan sepatutnya ditawarkan secara adil dan tidak diberikan berdasarkan kaum.

Menurut beliau, pemilik francais itu mungkin terlupa bahawa setiap rakyat negara ini mempunyai hak asasi untuk bekerja tanpa diskriminasi berdasarkan kaum, agama, tempat kelahiran atau jantina yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau tidak kerana pengguna-pengguna internet yang tajam pemerhatiannya dan mengambil berat akan perkara ini, kelakuan mendiskriminasi ini akan berterusan tanpa kesedaran orang ramai,” dakwanya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • AMK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori