Banyak kali agaknya kita dengar orang berkata kereta besar tapi otak kecik.
Perumpamaan yang tidak wujud dalam Kamus Dewan atau Bahasa Melayu itu dengan jelas merujuk kepada sikap sesetengah pengguna kereta mahal dan mewah yang adakalanya merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja disebabkan kebodohan diri.
Gambar di atas merujuk kepada kejadian di Bandar Sri Permisuri, Cheras pada pagi ini (12 September).
Disebabkan sikap pemilik kenderaan di atas, ramai pengguna jalan raya di kawasan itu terpaksa berhadadapan dengan situasi yang kurang selamat ketika memandu.
Bayangkan sikap pemiliknya ini, dia melintangkan kenderaannya di atas jalan utama sesuka hati menyebabkan jalan dua lorong yang lurus secara tiba-tiba menjadi satu lorong.
Ini menyebabkan sesetengah pemandu kenderaan yang memandu di lorong kedua terperanjat dan secara tergesa-gesa menukar ke lorong lain sehingga hampir bergesel dengan kereta di lorong satu lagi.
Kalau dilihat dalam dua gambar yang dihantar pembaca kami, memang ada kenderaan lain pun diletakkan di bahu jalan tetapi ia dibuat dengan lebih berhemah.
Bandar Seri Permaisuri memang berhadapan dengan masalah tempat meletak kenderaan tetapi ramai pengguna yang pandai meletak kenderaan yang boleh diterima pemandu lain.
Pihak berkuasa pun dilihat memahami situasi berkenaan dan jarang-jarang mengeluarkan saman kepada para pengguna kenderaan di kawasan itu.
Apa yang dibuat pemandu kenderaan BMW itu pula dalam kategori pentingkan diri.
Kawasan kenderaan berkenaan diletakan hanya ada deretan kedai makan, bank, dobi dan sebagainya.
Tidak ada rumah atau hospital jadi kalau pemandu nak bagi alasan kecemasan memang tidak masuk akal.
Kepada pemandu berkenaan, lain kali luang la masa sikit dan carilah tempat meletak kenderaan yang sesuai. Jauh sikit pun takpelah… jalan la sikit.
Jauh sikit itu lebih baik daripada dilihat mementingkan diri sendiri dan itu bukan satu sifat yang baik.