• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan ‘Pengantin Pelik’ Dikahwini Manusia

oleh
03/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKAHWINAN merupakan salah satu tradisi tertua di dunia.

Ia merupakan acara untuk meraikan dua individu bersatu menyemai kasih dan cinta mereka, serta menghabiskan hidup bersama sehingga akhir hayat.

Bagaimanapun, ada yang berasa cemas sekiranya terpaksa hidup keseorangan selama-lamanya, menyebabkan mereka mencari pasangan.

Sebelum, dilaporkan seorang wanita merancang untuk berkahwin selimutnya, tetapi ia tidak dilihat sebagai perkahwinan yang memerlukan dua manusia.

Namun ada yang memilih untuk ‘berkahwin’ dengan pelbagai perkara dari objek tidak bernyawa sehingga haiwan.

Di bawah ini merupakan ‘pasangan pelik’ mereka:

1. Noorul Mahjabeen Hassan – Permainan video Tetris

Noorul Mahjabeen Hassan tertarik kepada objek, dan telah menjalinkan hubungan bersama sebuah kalkulator yang dinamakannya sebagai Pierre.

Dia mengakui turut tertarik kepada monorel, iPod dan sistem GPS.

Gadis berusia 20 tahun itu merancang untuk berkahwin dengan permainan Tetris selepas tamat pengajian dari Universiti Florida.

2. Pascale Sellick – Selimut

Pascale Sellick, 49, mendakwa selimut merupakan hubungannya yang paling intim dan boleh dipercayai setakat ini.

Malah dia pernah menganjurkan majli mewah dengan bantuan perancang perkahwinan bagi meraikan cintanya pada selimut itu.

3. Amanda Sparrow Large – Hantu Lanun

Seorang wanita yang berkahwin dengan hantu lanun mendedahkan dia berpisah dengan suaminya yang berusia 300 tahun, dan mengeluarkan satu amaran.

Amanda berkata, dia menemui pasangannya itu yang merupakan lanun dari era 1700, yang dihukum mati kerana mencuri di laut.

Mereka mengikat tali perkahwinan di sebuah bot di perairan antarabangsa Ireland.

4. Laura Mesi – Diri sendiri

Terdapat ungkapan mengatakan sekiranya anda tidak menyayangi diri sendiri, bagaimana anda boleh menyayangi orang lain?

Jurulatih kecergasan warga Itali, Laura Mesi meraikan majlis perkahwinan ala kisah dongeng… dengan dirinya sendiri.

Dia pernah mengatakan kepada dirinya dua tahun lalu selepas hubungan yang terjalin sebelum ini berakhir, iaitu sekiranya masih bujang pada usia 40 tahun dia akan akan berkahwin dengan dirinya sendiri.

5. Amanda Liberty – Lampu Candelier

Amanda Liberty yang berasal dari Leeds, England memenuhi rumahnya dengan 25 lampu gantung.

Wanita berusia 33 tahun itu mengadakan ‘hubungan’ bersama lampu-lampu candeliernya dan ‘bertunang’ dengan sebuah lampu berukuran 28 inci bernama Lumiere selepas membelinya di laman web eBay.

Dia memberitahu, ia merupakan cinta pandang pertamanya selepas membeli barangan antik tersebut dari Jerman, dan ‘dimandikan’ dengan pelukan dan ciuman.

6. Amanda Rodgers – Anjing

Pemilik anjing, Amanda Rodgers mengahwini haiwan peliharaannya baka Sheba pada Ogos 2012.

Dia yang berasal dari selatan London pernah berkahwin dengan manusia 20 tahun lalu tetapi hubungan mereka tidak panjang.

Di hadapan 200 tetamu, dia berjalan bersama anjingnya dalam majlis perkahwinan di Split, Croatia.

7. Sal9000 – Watak permainan video

Seorang pengantin lelaki daari Jepun mengahwini pasangan fantasinya yang merupakan watak permainan video.

Pasangannya itu bernama Nene Anegasaki, daripada permainan dating maya oleh Nintendo DS iaitu Love Plus, dan berkahwin pada November 2009.

8. Amy Wolfe – Permainan taman tema

Berkahwin dengan objek tidak bernyawa pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam rumah tangga.

Amy Wolfe yang berasal dari New York, Amerika Syarikat akhirnya menjalinkan hubungan bersama permainan ‘roller coaster’ di taman tema.

Permainan yang bernama 1001 Nacht, di Pennsylvania bukanlah cinta tidak bernyawa pertamanya.

Dia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan model kapal angkasa dan jeriji. – Mirror UK

Tags: kahwinpelik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kisah Realiti ’50 First Dates’…

Next Post

Menang Berjuta-Juta Selepas Temui ‘Rahsia’ Loteri

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

Next Post

Menang Berjuta-Juta Selepas Temui 'Rahsia' Loteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd