Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Pencuri Cemari Masjid, Curi...

SEKARANG ni penjenayah dah makin berani melakukan kerja terkutuk, sampaikan kat tempat orang...

Tiada Aduan Penyelewengan Bantuan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir yang beroperasi sejak...

Lupakan Perbezaan, Bersatu Sebagai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu melihat penyatuan...

‘Zizan Satu-Satunya Pelakon Abang...

BELUM memulakan penggambaran, filem Abang Long Fadil 2 sudah pun hangat diperkatakan dek...

Calon BN, Ustaz Mat Razi Menang Di Pengkalan Kubor Majoriti 2,635

TUMPAT (Kelantan) – Barisan Nasional (BN) kekal menduduki kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Calon BN, Ustaz Mat Razi Mat Ail menang dengan mendapat undi sebanyak 9,961 undi menumbangkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 2,635 unduk manakala calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 38 undi sahaja.

Keputusan PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli dengan dihadiri bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penjumlahan undi dilakukan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa, Tumpat hari ini.

Pada hari mengundi hari ini sebanyak 73.1 peratus pengundi dari keseluruhan 23,929 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab lebih rendah daripada peratusan pada PRU-13 iaitu 79.1 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN menang dengan calon mereka Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar dengan majoriti 1,736 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saharun Ibrahim dan calon bebas yang sama.


Noor Zahidi meninggal dunia pada 20 Ogos lepas menjadikan kerusi ADUN Pengkalan Kubor kosong.

Keputusan_1

Pengumuman kemenangan BN turut didengari kira-kira 200 orang penyokong yang hadir di hadapan dewan berkenaan sejak pukul 7.30 malam.

Majoriti pada PRK kali ini meningkat 899 undi berbanding PRU lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori