Sample Page Title

BN akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 10 September di Tumpat, kata Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri yang juga pengarah PRK DUN itu, berkata Badan Perhubungan Umno Kelantan sedang memperhalusi beberapa nama yang difikirkan sesuai terutama daripada barisan kepimpinan yang ada di negeri itu, khususnya di Tumpat.

“Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri akan memberitahu pada saya dalam sehari dua ini dan dibawa kepada pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk diputuskan nanti. Saya akan umumkan pada 10 September di Tumpat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di Muar, hari ini.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno itu berkata parti akan mengambil kira pandangan pengundi di situ bagi memastikan calon yang dipilih adalah yang paling sesuai dan layak.

Mengulas keyakinan PKR yang krisis politik di Selangor tidak akan mengugat peluang mereka untuk bertanding bagi kerusi DUN itu, beliau berkata itu hanyalah pandangan mereka (PKR) semata-mata.

Timbalan perdana menteri berkata kemelut politik yang berlaku di Selangor sudah berlarutan lama dan pastinya rakyat boleh memahami, membuat penilaian dan mengambil iktibar termasuk pengundi-pengundi di Pengkalan Kubor.

“Pengundi-pengundi yang ada di Pengkalan Kubor mungkin juga akan ambil kira apa yang berlaku di sana (Selangor) tentang kewibawaan Pakatan Rakyat tentang krisis yang sedang berlaku di situ.


“Kita tidak mahu orang kata seperti menangguk di air yang keruh tentang apa yang berlaku di Selangor tapi apa-apa peristiwa politik yang berlaku di mana-mana pun akan bawa kesan atau implikasi dalam mana-mana keadaan seperti PRK dan sebagainya. Itu kita serah kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata BN akan mengatur strategi yang paling sesuai dengan mengambil kira aspirasi dan kehendak pengundi terutama mengenai pemimpin yang pengundi rasakan sesuai.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN akibat kanser hati, pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU ke-13, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Untuk PRK ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 13 Sept manakala pilihan raya kecil pada 25 September. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...