• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Air Mentah Kepada Singapura 53 Tahun Tak Naik – DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak wajar menaikkan lagi tarif air di Johor sehingga 12 peratus kerana penduduk negeri itu telah pun membayar tarif air yang paling tinggi di Malaysia.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, kenaikan itu juga tidak wajar kerana Johor boleh membuat keuntungan dengan menjual air mentah kepada Melaka dan Singapura.

“Saya terkejut dan kecewa apabila membaca tarif air di Johor dijangka naik antara 10 hingga 12 peratus dalam beberapa bulan lagi disebabkan kos rawatan air yang tinggi.

“Mengapa perlu dinaikkan tarif air di Johor sedangkan banyak negeri seperti Sabah, Pahang, Sarawak, Perlis dan Terengganu sudah 17 tahun tidak mengkaji tarif air mereka walhal tarif air Johor baru dinaikkan pada tahun 2011,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nie Ching mendakwa, kerajaan Johor menjual air mentah kepada Melaka dan Singapura pada caj 30 sen bagi setiap 1000 gelen dan memperoleh bayaran bulanan RM230,000 daripada Melaka dan RM200,000 daripada Singapura.

Beliau mendakwa, caj yang dikenakan ke atas ke atas Singapura itu tidak pernah dinaikkan sejak 53 tahun lalu.

Justeru, katanya, kerajaan Johor sepatutnya mengkaji semula harga jualan itu untuk membuat lebih keuntungan berbanding membebankan rakyat Johor. – mynewshub.cc

Tags: DAPSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd