Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Sedih’ Ramai Bangla Tak...

KUALA LUMPUR - Sebelum ini mereka hentam kerajaan kerana dakwa ramai warga asing...

Mengimbau Infrastruktur Perubatan Negara

ENAM puluh tahun merdeka, bukan macam 60 puluh langkah berjalan merayau-rayau sekitar ibu kota....

Vietnam Mahu Perkukuh Hubungan...

KUALA LUMPUR - Vietnam mahu memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Malaysia dalam...

Saham Terus Jatuh, Bursa...

MERUDUM... Kemerosotan terburuk prestasi saham di Bursa Malaysia iaitu rekod paling teruk sejak...

Butang ‘Buy’ Di Twitter Pada Aplikasi Mudah Alih

Twitter yang merupakan salah satu laman sosial yang mempunyai ramai pengikut tersendiri nampaknya telah maju setapak kehadapan.

Terkini, pihak Twitter dilihat memfokuskan kepada sokongan jual beli pada platform tersebut.

Melalui laman rasmi mereka, Twitter mengumumkan yang mana mereka akan memulakan ujian butang “Buy” atau butang beli terus pada aplikasi mudah alih dalam usaha memudahkan pengguna untuk membeli sesuatu produk.

Untuk menjayakan perkara ini, pihak Twitter bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti Fancy dan sebagainya dan mereka buat masa ini memfokuskan kepada pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

buy-tweet

Ia juga ditekankan oleh Twitter yang mana hanya segelintir kecil pengguna sahaja yang akan dapat melihatnya memandangkan mereka masih lagi dalam proses ujian awal untuknya.


Disamping itu, segala data pembayaran dan penghantaran produk disimpan dibawah penyulitan Twitter tersendiri, sekaligus dikatakan akan memudahkan pengguna membuat pembayaran pada masa akan datang.

Jadi, apa kata anda berkaitan dengan sokongan pembelian terus melalui Twitter ini? Adakah ia akan memberikan impak yang meluas pada masa akan datang?

Sumber: Engadjet

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori