• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budaya ‘Saat Akhir’ Perlu Dihakis, Segera Daftar GST

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Budaya lakukan kerja saat akhir di kalangan rakyat Malaysia perlu dihakis dan tidak dijadikan alasan untuk mendaftarkan syarikat masing-masing bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman/GST) Datuk Zainul Abidin Taib berkata budaya tidak sihat itu antara punca kegagalan dalam mencapai sasaran pendaftaran syarikat.

“Walaupun mereka mempunyai masa yang mencukupi sehingga Disember, namun kenapa perlu tunggu sehingga penghujung waktu.

“Budaya ini susah untuk diubah dan akan mengambil masa,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pendaftaran GST Berkelompok Sektor Kontraktor Pembinaan di sini hari ini.

Majlis tiga hari itu merupakan kerjasama antara Kastam dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), melibatkan lebih 7,000 syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dipelawa untuk mendaftar GST.

Sehingga 21 Sept, sejumlah 44,355 perniagaan telah didaftarkan di seluruh negara untuk GST.

Sasaran pendaftaran GST sehingga akhir Disember 2014 ialah sebanyak123,000 syarikat.

Zainul yakin jumlah pendaftaran GST akan melebihi 100,000 syarikat pada penghujung 2014, didorong oleh lebih banyak program galakan oleh pihak Kastam yang lebih cenderung kepada sesuatu sektor.

Selain itu, beliau berkata khabar angin yang menguar-uarkan bahawa GST akan ditangguhkan dan tidak akan dilaksanakan, perlu dihentikan segera kerana ini menimbulkan keraguan di kalangan pendaftar. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd