Sample Page Title

Semata-mata kerana terganggu dengan bunyi bising ketika menonton kartun, seorang budak lelaki berusia 10 tahun Guizhou, China memotong tali keselamatan pekerja yang sedang memasang lampu di luar tingkap bangunan apartmennya.

Menggunakan pisau diambil di dapur, budak yang tinggal di tingkat 8 itu dilaporkan memotong tali yang sedang mengikat badan pekerja terbabit.

Guizhou-kidcutoffsafetyrope-3

Akibatnya pekerja dikenali sebagai Liu tergantung di awangan selama 40 minit sebelum diselamatkan.

Seorang pekerja bernama Zhang memberitahu wartawan, dia menelefon bomba untuk meminta bantuan selepas mendengar jeritan Liu memberitahu tali keselamatannya dipotong seseorang hingga dia tidak boleh bergerak ke atas mahu pun bawah.

Guizhou-kidcutoffsafetyrope-2

Selepas diselamatkan bomba dan anggota polis, Liu menceritakan bagaimana dia merasa tali bahagian bawah bergoyang ketika sedang menggunakan dril.


Apabila mendongak dia melihat seorang budak sedang memotong tali menggunakan pisau.

Dia segera menjerit supaya budak itu berhenti melakukannya namun tidak diendahkan sampailah tali putus dan dia mula tergantung di tengah bangunan.

Selepas disoal pihak polis, budak yang melakukan perkara ini mengaku perbuatannya.

Bapanya dikenali sebagai Tang yang sedang bekerja dipanggil agar segera pulang. Si bapa kemudian meminta maaf bagi pihak anaknya dan mengganti tali keselamatan yang putus.

Fuh, ganas budak ni. Entah-entah ini pengaruh daripada sebahagian cerita kartun zaman sekarang yang boleh tahan juga elemen ganasnya. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : REM RAMZI

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...