Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Jenazah Kapten Hasman Diterbangkan...

KUALA LUMPUR - Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang disahkan...

Perhalusi Projek Kereta Nasional...

KUALA LUMPUR - Sehari selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melahirkan kebimbangan berhubung...

Malaysia Sasar 200,000 Dos...

PUTRAJAYA - Malaysia menyasarkan sebanyak 200,000 dos suntikan vaksin Covid-19 kepada rakyat negara...

Asia Berdaya Tahan Selepas...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Asia kini lebih bersedia untuk mengharungi kejutan dan tekanan...

BN Jamin Beri Perhatian Istimewa Kepada Pengkalan Kubor

TUMPAT – Barisan Nasional (BN) memberi jaminan memberikan perhatian istimewa kepada Pengkalan Kubor jika Dewan Undangan Negeri (DUN) itu terus dikuasai BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 25 Sept ini.

Pengarah Jentera PRK DUN itu Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jaminan itu diberikan kerana DUN itu mempunyai `nilai sentimental’ terhadap dirinya ketika Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menjadi wakil rakyat selama tiga penggal.

“Saya amat dekat dengan Allahyarham yang pernah menjadi Setiausaha Umno negeri dan akhirnya menjadi timbalan saya (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan).

“BN mahu menyelesaikan beberapa perkara kecil yang masih tertangguh di DUN ini seperti masalah rumah dan longkang,” katanya kepada pemberita di pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Tumpat di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata setiap tahun sejak 2004, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta setahun untuk pelbagai projek pembangunan dan infratsruktur di situ.

Mustapa berkata setakat ini kempen PRK itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.


“Ada kata Umno akan bawa samseng di sini. Saya tidak lihat seorang samseng pun ada di sini. Sebab itu jagalah mulut dan jangan celupar bila bercakap,” katanya.

Pada PRK itu, calon BN Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BN

Kategori

Leave a Reply