Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Rozanna Mat...

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam...

Jerebu: IPU Palangkaraya Cecah...

JAKARTA - Indeks pencemaran udara (IPU) di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah mencecah 3,000...

Kes 3 Lelaki Culik...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Mac untuk sebutan...

Mini Dress Kena Tiup...

SEBUT sahaja Kylie Jenner, siapa tidak kenal dengan anak kepada keluarga Kardashian ini....

Bendahari PAS Gunting Dalam Lipatan Kerajaan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – DAP menganggap Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim ibarat gunting dalam lipatan yang menyukarkan kerajaan DAP Pulau Pinang berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

Exco Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin berkata, disebabkan sikap itu Iszuree terpaksa disingkir daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

“Aadalah menjadi tanggungjawab kami memastikan setiap polisi dan dasar yang telah dipersetujui bersama dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang unsur-unsur yang boleh menjejaskan perlaksanaannya

“Kerajaan negeri juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang dalam pentadbiran kami yang masih tidak mahu menghormati kesepakatan yang telah kita capai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang pada 26 September lalu menyingkirkan Iszuree daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta membekukan peruntukannya.

Tindakan itu difahamkan dibuat kerana Iszuree memburuk-burukkan kepemimpinan kerajaan negeri dalam isu perumahan di negeri itu ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Afif berkata, Iszuree dikenakan tindakan itu kerana beliau memfitnah kerajaan negeri yang beliau wakili dengan mendakwa kerajaan pakatan pembangkang mengamalkan dasar pro-pemaju bila menguruskan masalah setinggan.


Menurutnya, dakwaan itu tidak benar kerana kerajaan Pulau Pinang tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan kepada pemaju untuk tanah setinggan dan perkara itu turut diketahui Iszuree.

Justeru, beliau melahirkan rasa kesal kerana Iszuree terus memfitnah kerajaan DAP Pulau Pinang dengan niat jahat turut bermain dengan isu sentimen ke atas kerajaan negeri itu.

“Beliau seharusnya rasional dan perlu mengakui bahawa kerajaan pakatan hanya mengambil tanah untuk tujuan awam termasuk buat kali pertama pengambilan tanah milikan bukan Melayu dan bukan Islam untuk tujuan perkuburan orang Islam.

Katanya, Iszuree harus menerima prinsip pelantikan beliau sebagai ahli MPPP bukan dipilih secara langsung oleh rakyat tetapi dilantik kerajaan negeri.

Tegasnya, lantikan itu dibuat atas kepercayaan dan keyakinan kerajaan negeri terhadap beliau sebagai seorang pendokong kerajaan negeri yang membela rakyat tetapi Iszuree bersikap sebaliknya.

“Kami memberi kebebasan untuk mengkritik di dalam mesyuarat dan menyatakan bantahan. Namun adab dan etika itu haruslah dititikberatkan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori