Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir di Kedah...

Seleweng Dana: Reman Yusof...

KOTA KINABALU - Tempoh reman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk...

Misteri 4 Pemimpin Besar...

APA dibincang mereka berempat ini? Itulah yang terlintas di fikiran apabila lihat sekeping gambar...

Bayi Ditinggalkan Dalam Kereta...

SEORANG bayi berusia lapan bulan bernasib baik apabila dapat diselamatkan daripada risiko maut,...

Bekas Editor Suara Keadilan Mengaku Tulis Bahan Fitnah

KUALA LUMPUR – Bekas editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib hari ini memohon maaf kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel di akhbar mingguan Suara Keadilan kerana ia palsu dan tidak benar.

Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

Merujuk kepada satu artikel, beliau berkata tajuk utama ‘Felda Bankrap’ sengaja diterbitkan akhbar itu untuk mensensasikan isu berkaitan Felda.

“Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah.

“Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya.

Dzulkarnain, yang tidak diwakili peguam, turut menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka kepada Felda dan anak syarikatnya mengenai artikel-artikel tersebut dalam satu majlis pelancaran buku yang diadakan di Menara Felda pada 10 April tahun lepas.

Sehubungan itu beliau menarik balik kesemua pernyataan fitnah dan memohon maaf tanpa syarat kepada Felda dan anak syarikatnya.

Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said kemudiannya membatalkan saman Felda terhadap Dzulkarnain yang kini merupakan perunding media tanpa sebarang perintah berhubung kos.


Kamaludin juga merekodkan penghakiman persetujuan yang mengandungi kenyataan permohonan maaf yang dibacakan oleh Dzulkarnain di mahkamah.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.

Ia mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu.

Sehubungan itu, saman Felda terhadap Dr Wan Azizah, Syed Husin, dan Rusnizam masih diteruskan.

Sementara itu, selepas prosiding permohonan maaf tersebut, peguam defendan-defendan, Francis Pereira membangkitkan isu awal berhubung kapasiti Felda untuk memulakan tindakan saman terhadap anak guamnya atas alasan Felda sebagai sebuah badan berkanun yang didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 tidak ada locus standi untuk memfailkan saman.

Peguam Datuk Ahmad Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili Felda pula berkata berdasarkan satu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam kes saman Felda terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong, di mana mahkamah itu memutuskan Felda boleh memfailkan saman.

Oleh itu katanya, Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Oktokber untuk membuat keputusan terhadap isu awal itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori