Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Koleksi Baju Kanye West...

TAK semua orang ada bakat menjadi pereka fesyen yang bagus. Ini dapat ditafsirkan...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak...

Panglima ATM Dahului Senarai...

PUTRAJAYA - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengetuai senarai...

Syarikat Lombong Kerajaan Selangor...

PETALING JAYA - Syarikat perlombongan pasir milik kerajaan Selangor sedang menyiasat kemungkinan sabotaj...

BACA: Luahan Hati Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas….

Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua Adun tersebut.

Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai “hero” atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkah mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agung kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras!

Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh “team” Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?


Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.

Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah?

Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.

Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?

Ke manakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!

DR. KHAIRUDDIN AL-TAKIRI  ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori