• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Lafaz 10 Ikrar Aku Janji Sebagai MB Selangor

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali melafazkan 10 Ikrar Aku Janji pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor ke-15 hari ini.

Sambil memegang lembing ‘Sembuana’ yang bersalut kain kuning, Mohamed Azmin melafazkan ikrar berkenaan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah, di sini.

(BACA – Azwan Ali enggan komen abang dilantik jadi MB – KLIK)

Antara kandungan Ikrar Aku Janji itu ialah beliau akan memelihara dan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara serta memelihara kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada dicemari dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Antarabangsa dan anggota Parlimen Gombak juga berjanji untuk memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai agama negeri dan kepercayaan orang Islam daripada diganggu gugat oleh mana-mana pihak lain.

“Pada masa yang sama menghormati hak agama lain diamalkan oleh orang bukan beragama Islam,” ikrar Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin turut berjanji untuk mematuhi segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor dari semasa ke semasa termasuk adab dan tatatertib semasa berada di Istana dan ketika istiadat rasmi Istana dilangsungkan.

“Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa yang sama kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Melaksanakan tugas dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas; mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan, kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri,” katanya.

Selain itu, beliau juga berikrar untuk memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri di tahap yang tertinggi dan memelihara hubungan baik dengan kerajaan persekutuan dan juga negeri-negeri lain dalam persekutuan.

“Memelihara jawatan yang dipegang daripada dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Ikrar terakhir ialah Mohamed Azmin akan memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah, tolak ansur dan kerjasama antara kaum, demi menjamin kestabilan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri Selangor.

Selepas melafazkan 10 ikrar itu Mohamed Azmin menyimpulkan bahawa: “Dan dengan ini patik mengaku dengan hati yang bersih dan tulus ikhlas menyerahkan nyawa dan diri patik kepada ketetapan Allah Subhanahu Wa Taala.

“Dan lagi patik bersedia menjunjung segala titah yang diperintahkan dengan segala upaya dan kudrat patik.”

“Dan apabila patik berniat menderhaka kepada Sultan Negeri Selangor dan tidak mematuhi Aku Janji yang dilafazkan ini, salahlah patik dan redalah menerima hukuman Allah Subhanahu Wa Taala serta ditimpa beberapa daulat almarhum-almarhum Sultan-Sultan negeri Selangor ini. Kepada Allah patik berserah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin AliSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Patik percaya kelima-lima prinsip ini (Rukun Negara) tidak boleh difahami secara terpilih, tetapi perlu dihayati secara menyeluruh...

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd