Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Wanita Sebar Foto Wajah...

AKHIRNYA.... Baru-baru ini tular wajah bayi yang dilahirkan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza...

Noraini Lawat Keluarga Mangsa...

Nilai : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menziarahi keluarga Allahyarham...

MyCC Mula Siasat Syarikat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memulakan siasatan terhadap beberapa syarikat...

Polis Tak Benarkan Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai Perhimpunan...

Azmin Bohong? PAS Dakwa Tak Pernah Rela Kurangkan Kuota Exco

Pergeseran antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula sejak isu pemilihan Menteri Besar Selangor dilihat semakin meruncing dewasa ini.

Satu demi satu kenyataan tak senada dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Terkini, Azmin Ali telah pun mengumumkan barisan exco baharu negeri Selangor di mana exco PAS telah dikurangkan daripada empat kuota kepada tiga.

Exco PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Ab Samad dan Dr Yunus Hairi manakala dua exco terdahulu, Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi digugurkan. Sebagai ganti ADUN PAS Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib dibawa masuk sebagai muka baharu.

Ramai menyifatkan pengurangan kuota exco ini sebagai ‘hukuman’ terhadap PAS namun Azmin menafikannya.

Apa pun kesemua exco pilihan Azmin ini pun dah selamat menjalani upacara angkat sumpah, semalam.

Namun meski pun Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata PAS beralah dalam soal exco ini sebagai satu pengorbanan, ahli lain tetap bertegas untuk berpegang pada pendirian asal.


378414_Mohd Khairuddin Othman 02

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar) mendakwa PAS Selangor tidak pernah setuju dengan keputusan pengurangan exco ini begitu juga PAS Pusat.

Sebelum ini Pengerusi PAS Selangor Iskandar Ab Samad juga pernah mengeluarkan kenyataan adalah tidak patut PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dikurangkan kuota exco di bawah kepimpinan MB baharu.

Nampaknya ada satu senario jelas di sini — ‘hati dan perasaan’ PAS tak pernah dipentingkan PKR baik dalam isu memilih MB sampailah lantikan exco. Kasihan.. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori