• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya Alyah Buka Mulut, Minta Hormat Perkahwinannya

oleh AK-47
20/09/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH terbaru penyanyi Alyah ini di ceritakan kepada wartawan BH Online yang terserempak dengan penyanyi itu di pusat beli-belah KLCC. Kebetulan Alyah baru selesai menjalani latihan Konsert Malaysia Tanah Airku di Dewan Filharmonik Petronas.

Akhirnya, selepas tiga minggu kejadian kediaman konduktor muzik Datuk Ramli MS dan Alyah di Bandar Kinrara, Puchong diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekaligus menghuraikan status mereka, Alyah membuka mulut.

“Kehidupan saya macam biasa. Cuma mana-mana orang akan cakap tahniah. Tak kurang juga yang ucap Selamat Pengantin Baru. Malah ada yang usik saya dengan panggilan Datin.

“Mula mula janggal juga dengan panggilan itu. Alyah tak ambil pusing sangat gelaran itu. Insiden yang terjadi itu sudah tak mahu saya dikenang. Apa yang terjadi ada hikmahnya.

“Bukan saya tak pernah lalui kesukaran sedemikian rupa. Apa yang pasti saya mendapat maklum balas yang positif dan tak ada yang cakap belakang,” katanya kepada BH Online.

Bagi penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ini, persoalan kenapa perkahwinan mereka perlu dirahsiakan lebih wajar diajukan sendiri kepada suaminya.

“Yang pasti, kami tak kahwin lari atau membelakangkan keluarga. Kami kahwin atas restu keluarga. Tak timbul isu saya menderhaka sehingga wujud cerita ibu saya menangis.

“Soal kenapa dirahsiakan itu, saya rasa biarlah dia (Ramli) yang jawab. Cuma di pihak saya, apabila berkahwin ini segala keputusan bukan atas diri sendiri. Sekarang dah ada suami, banyak benda kena rujuk kepada dia. Merahsiakan perkahwinan ini pun bukan suka suka. Hanya orang awam saja tak tahu tapi keluarga kami tahu kami sudah berkahwin. Cuma saya mohon pengertian orang di luar sana,” katanya.

Tambah Alyah lagi, sebelum ini beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa akan tiba masanya beliau akan mendedahkan status dirinya.

“Cuma tak sangka ia didedahkan dengan keadaan itu (insiden diserbu anggota JAIS),” katanya.

Bagaimana pula dengan majlis resepsi pasangan itu?

“Soal majlis itu kena tanya dia. Tapi saya dengar dia nak buat kenduri doa selamat masuk rumah baharu bulan ni atau awal bulan depan, bukan resepsi seperti yang dihebohkan sebelum ini,” katanya.

Alyah kini masih menetap di rumahnya sekitar Damansara dan berulang alik ke rumah Ramli di Kinrara untuk membantu suaminya mengemas rumah.

Mengakui beliau ditawarkan banyak penerbitan untuk menampilkannya sebagai penghias muka depan tetapi memilih untuk menolaknya secara baik.

Kini Alyah rancak mempromosikan jenama sendiri Gaya Alyah (instagram @gayaalyah) dengan mengikuti festival dan bazar di sana sini.

Di bawa Gaya Alyah terdapat tiga pecahan iaitu TurbanistaAlyah, HijabeeAlyah dan bakal melancarkan untuk busana bagi wanita bersaiz comel di bawah nama Fashhhplus.

Konsert Malaysia Tanahairku itu akan berlangsung pada 21 September ini jam 8.30 malam di DFP. Tempahan tiket boleh dilakukan dengan menghubungi 03-20517007, dfp_boxoffice@petronas.com.my atau www.mpo.com.my. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: Alyahkontroversi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembuat Filem Disaran Hasilkan Filem Berkualiti

Next Post

Purata 68 Individu Diisytiharkan Muflis Setiap Hari!

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Penerbit Mohon Maaf Isu Hina Jata Negara

30/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta...

Next Post

Purata 68 Individu Diisytiharkan Muflis Setiap Hari!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd