Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Digi Bagi Staf Wanita...

KUALA LUMPUR - “Objektifnya adalah bagi menggalakkan kakitangan wanita dalam bidang digital, bukan...

11 Kematian, Kes Pulih...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,638 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

Dulu Ada Kuasa Semuanya...

PENDANG - Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan beberapa hikmah kekalahan UMNO dan...

MB Johor Seru Rakyat...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin  menyeru rakyat...

Purata 68 Individu Diisytiharkan Muflis Setiap Hari!

Isu kebankrapan semakin membelenggu rakyat Malaysia apabila purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini.

Peratusan itu meningkat 13 peratus daripada 60 orang bankrap setiap hari, tahun lalu.

Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab.

Malah statistik MdI sejak tahun 2007 juga menunjukkan aliran peningkatan individu muflis daripada 13,238 pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 (2012) dan 21,987 (2013) dengan keseluruhan kes bankrap bagi tempoh itu mencecah 134,550 orang.

Memetik laporan Berita Harian, peningkatan kes muflis ini merunsingkan pelbagai pihak yang meminta kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia menjadi parah.

Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan peningkatan kes muflis di negara ini sebagai ‘fenomena membimbangkan’.

Katanya, apa yang lebih menggusarkan apabila majoriti individu muflis itu terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

Statistik menunjukkan daripada keseluruhan individu muflis, 75,279 atau 55.94 peratus berumur 44 tahun ke bawah dengan kelompok 35-44 tahun menduduki jumlah individu tertinggi muflis iaitu 46,060 kes atau 34.23 peratus.


“Kerajaan perlu segerakan pindaan akta terbabit,” katanya mengupas isu kebankrapan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan sebelum ini mencadangkan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bagi memudahkan individu muflis mendapat pelepasan kebankrapan, bagaimanapun perkara itu masih tertangguh sehingga ke hari ini.

Ketika ini, ada tiga cara bagi seseorang muflis untuk keluar daripada status bankrap, iaitu pelepasan melalui perintah mahkamah, sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi atau pembatalan melalui perintah mahkamah. :-MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: SYA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori