• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri Tiba Di Beijing Untuk Lawatan Negara

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat tiba untuk lawatan negara selama tiga hari ke Beijing, China bermula Rabu.

Pesawat khas yang membawa pasangan diraja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital di sini pada jam 4.10 petang ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang diiringi Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh selaku menteri pengiring serta pegawai kanan kerajaan, disambut Timbalan Menteri Luar China Qian Zhongshan, Duta Besar Malaysia di China, Datuk Iskandar Sarudin dan Duta Besar China di Malaysia Huang Huikang.

Seri Paduka berdua turut menerima penghormatan daripada kawalan hormat terdiri daripada 36 anggota Angkatan Tentera China.

Lawatan Seri Paduka ke Beijing juga diiringi Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah dan anakanda Seri Paduka, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Syafinaz.

Sementara itu, Iskandar ketika ditemui Bernama dan RTM di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini berkata, lawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke China merupakan undangan daripada Presiden China Xi Jinping selain membalas lawatan Xi ke Malaysia pada Oktober tahun lepas.

Beliau berkata, lawatan Seri Paduka berdua juga bersempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang bermula pada 31 Mei, 1974.

Katanya lawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang terjalin lebih 700 tahun lalu dan secara diplomatik terjalin selama 40 tahun.

“Kita mengharapkan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negara yang mana Malaysia merupakan negara anggota Asean yang mempunyai hubungan dialog yang dinamik, progresif dan aktif dengan China,” katanya dan menambah kali terakhir ketua negara mengadakan lawatan ke China adalah pada 2005.

Duta itu berkata sepanjang lawatan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah di sini, pasangan diraja itu akan mengadakan pertemuan dengan Xi dan isterinya Peng Liyuan serta menghadiri jamuan negara pada petang esok bersama Presiden China di Great Hall of The People.

Yang di-Pertuan Agong juga akan menerima menghadap Perdana Menteri China, Li Keqiang pada Jumaat.

Iskandar berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menghadiri majlis makan malam bersama rakyat Malaysia yang bermastautin di Beijing.

Seri Paduka berdua akan berangkat ke Hangzhou pada Sabtu untuk meneruskan lawatan selama tiga hari di sana. – BERNAMA

Tags: Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd