• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Pendakwaan Jika Bukti, Keterangan Kukuh – AGC

oleh AK-47
10/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata jika ada bukti dan keterengan kukuh melibatkan sesiapa dalam kes kematian Setiausaha Politik dari DAP, mereka akan didakwa.

“Pihak polis telah membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat lanjut perkara ini dan AGC akan membuat keputusan setelah siasatan selesai dan jika keterangan keadaan cukup kuat untuk mewajarkan pendakwaan, pendakwaan akan dibuat.

“Walau bagaimanapun, AGC ingin menegaskan bahawa unsur syak wasangka, tidak kira sekukuh manapun, tidak akan menyebabkan pendakwaan dalam apa juga kes,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

AGC menerangkan bahawa mereka yang menyebabkan kematian Teoh, jika ada, akan didakwa sekiranya pendakwa raya berpuas hati dengan bukti yang dikumpulkan di dalam siasatan polis.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes Teoh dan memutuskan bahawa kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, membuat keputusan itu sebulat suara dan memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan berkaitan kematian itu, tanpa mengecualikan pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, yang sebelum ini menempatkan ibu pejabat SPRM, pada pagi 16 Julai 2009. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: mahkamahShah Alam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd