• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abim Gesa K’jaan Keluarkan Pelajar Malaysia Dari Yaman

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Kementerian Luar mengambil tindakan segera mengeluarkan pelajar Malaysia dari Yaman.

Naib Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim, dalam kenyataan pada Ahad berkata, tindakan itu perlu kerana pergolakan yang melibatkan pertempuran antara kumpulan Houthis dan tentera kerajaan kini merebak ke Sana’a, ibu negara Yaman.

Kementerian Luar sebelum ini berkata kira-kira 440 pelajar Malaysia di negara itu ditempatkan di sebuah bangunan yang disediakan kedutaan di Sana’a demi keselamatan mereka.

“Abim merasakan tindakan itu hanyalah sementara dan rakyat Malaysia masih lagi dalam keadaan bahaya. Oleh itu, kementerian perlu bertindak dengan menyediakan pesawat tentera khas untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman pulang ke tanah air,” kata Mohamad Raimi.

Ketidakstabilan politik kini melanda Yaman selepas wujudnya gerakan untuk mendesak kerajaan Yaman supaya berundur.

Laporan terbaharu media antarabangsa menyebut Perdana Menteri Yaman Mohamed Basindwa telah meletak jawatan di tengah-tengah kemelut yang melanda negara berkenaan. – BERNAMA

Tags: AbimKerajaan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan membawa lebih ramai tokoh dan pakar termasuk dalam bidang siasatan jenayah, psikologi, perkembangan...

Adakah Terdapat ‘Undertaking’, Komitmen Kewangan Kerajaan Bantu AirAsia? – Fadhli Shaari

Adakah Terdapat ‘Undertaking’, Komitmen Kewangan Kerajaan Bantu AirAsia? – Fadhli Shaari

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari meminta Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan jika terdapat 'undertaking', jaminan atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd