• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Curi Motosikal

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Sembilan pelajar sekolah menengah ditahan selepas dipercayai terlibat mencuri enam buah motosikal di sebuah kedai menjual motosikal di Kuala Sungai Baru di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Abdul Rahman Jid berkata pelajar berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing sekitar Kuala Sungai Baru bermula Ahad hingga semalam.

“Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Modenas serta beberapa bahagian motosikal yang telah dileraikan dipercayai untuk dijual,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang pada 20 Sept lepas, pemilik kedai motosikal berkenaan mendapati pintu belakang kedainya dipecah serta enam buah motosikal terpakai telah hilang.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata polis menahan seorang lelaki bersama 63 paket dadah mengandungi 152.8 gram dadah disyaki heroin dan 0.1 gram dadah jenis syabu bernilai RM5,000 di sebuah rumah di Kampung Ramuan Cina, Masjid Tanah di sini, kira-kira 11.30 pagi semalam.

“Ini merupakan serbuan kali ketiga dibuat ke atas rumah ini, tetapi berlainan suspek dan kita percaya suspek ini mempunyai pertalian darah dengan suspek-suspek sebelum ini,” katanya.

Katanya suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah Alor Gajah selain Rembau dan Port Dickson, Negeri Sembilan.  – BERNAMA

Tags: Kes Curipelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd