• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Wanita

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah rumah di sini, antara 11 hingga 15 September lepas.

Kesemua tertuduh berusia antara 18 hingga 24 tahun berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Empat daripada mereka — Muhammad Amsyar Mohd Ali, 24, Mohammad Shamrin Mohd Safik Suresh, 22, Mohd Fareez Jamil, 19, dan Muhammad Farih Surrmay, 19, dituduh merogol wanita itu antara pukul 3 pagi hingga 10.30 malam, 11 September lepas.

Dua lagi, A. Thanesh, 18, dan Mohd Firdaus Jamsari, 18, pula dituduh merogol wanita itu antara pukul 3 petang hingga 8 malam, 13 Sept manakala seorang lagi tertuduh Muhammad Naim Haris, 19, dituduh melakukan perbuatan sama antara pukul 5 petang hingga 5.30 petang, empat hari lepas (15 September).

Kesemua mereka didakwa merogol wanita itu di sebuah unit rumah pangsa di sini.

Jagjit Singh menetapkan 20 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh, masing-masing ikat jamin antara RM3,000 hingga RM6,000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahrogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd